Wednesday, June 18, 2008

KeMbalikan Hak SABAH

Parti Maju Sabah (SAPP) pimpinan Datuk Yong Teck Lee (YTL) telah mengisytiharkan untuk mengusulkan Undi Tidak Percaya Terhadap Kepimpinan Datuk Seri Abdullah Badawi, Perdana Menteri yang DEGIL untuk meletak jawatan.
Seharusnya, pendirian yang ditunjukkan oleh SAPP ini khususnya kepada Datuk YTL perlu dijadiakn sebagai turning point dan pemangkin kepada ahli-ahli politik Sabah yang lain untuk mendesak kepimpinan pusat untuk memberikan keadilan yang saksama kepada Negeri Sabah.
Saban hari, bulan, dan tahun rakyat Sabah di sajikan dan diumpan dengan pelbagai janji, kononnya kerajaan pusat memberikan perhatian sepunuh-punuhnya kepada Sabah atas dasar pembangunan, tapi malangnya rakyat sabah seolah-olah menanti buah butir yang tak jatuh.
Kepada barisan kepimpinan PM yang DEGIL untuk meletak jawatan, sedarlah dan insaflah!! bahawa anda merasai tampuk pemerintahan sekarang sabagai PM, adalah dokongan padu dan sokongan kuat kebanyakkannya datang dari RAKYAT SABAH.
Namun dalam tempoh pemerintahan anda, Rakyat Sabah amat terlalu kecewa dengan corak kepimpinan dan pembawaan yang anda tonjolkan... Anda seolah-olah memperGUNAkan rakyat sabah menyokong anda supaya anda dan KONCO-KONCO merasai empuk kerusi tebal PUTRAJAYA tanpa mempedulikan rintihan rakyat MARHAEN orang Sabah.
Orang Sabah ada maruah dan harga diri yang perlu dihormati..... kembalikan hak rakyat sabah dan akan tetap menyokong kepimpinan yang benar-benar ikhlas membantu rakyat sabah.

4 comments:

Anonymous said...

Jangan terlalu emosi ketika mengupas kenyataan yang dikeluarkan oleh YTL.sepatutnya saudara menyelidiki apa sebenarnya yang berlaku atau siapa disebalik beliau sehingga sanggup YTL membuat stetmen sedemikian...kita patut menyelidiki peranan DS Anuar Ibrahim dalam hal ini..

Anonymous said...

Bukan emosi la tetapi memang hak untuk kita bersuara, samada Datuk Yong ikhilas atau di sebalik nya,sekurang-kurangnya dia adalah pemimpin yang berani bersuara di depan Perdana Menteri dari pada menteri-menteri yang lain hanya sekadar mengatakan `YES BOSS'kepada Paklah,

Lihat saja lah Sabah,, apa yang telah terjadi bilamana BEE END menganak-tirikan Sabah,
Kalau nak komen kenapa tak gunakan nama anda,? hamya setakat Anonymous buat apa,? buang karan jer,,

Anonymous said...

Bukan emosi la tu,kadang-kadang manusia ni kalau awalnya nampak jahat akhirnya akan jadi baik,tetapi di sebalik bila awalanya baik ia akan berakhir dengan kejahatan,

Apajua salah kalau DSAI ni memerintah Malaysia, sedangkan sekarang ni Paklah pun tak tau nak urus Malaysia ni,bagi habis duit rakyat boleh dia lah NO: satu di Malaysia,,

Anonymous said...

Minta maaf sajalah sdr kalau komen pengunjung nak kena tapis,jangan harap blog awak boleh famos,tak perlu tapis-tapis lagi biar pengunjung senang masuk,jangan takut dengan ISA,

BERJUANG UNTU NEGERI SABAH,,,