Wednesday, June 25, 2008

JANGAN CABAR ISLAM...

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah telah mengingatkan rakyat supaya jangan menguji dan mencabar isu-isu berkaitan agama Islam hingga ke peringkat yang boleh menimbulkan kegelisahan rakyat.

Menurut baginda, ketenteraman awam boleh terjejas dan perang saudara mungkin tercetus kerana perkara mengenai agama sangat sensitif dan menyentuh emosi.

“Islam menganjur umatnya untuk menghormati agama lain dan tidak bermusuh dengan penganut agama lain selagi kemuliaan Islam tidak dipersenda, selagi Islam tidak dihina dan selagi hak umat Islam tidak dicerobohi,” titah Sultan Azlan ketika merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.

Sultan Azlan bertitah, agama Islam diberi pengiktirafan khusus dalam Perlembagaan Negara dan menjadi tunjang utama dalam pembentukan minda serta budaya khususnya dalam kalangan orang Melayu.

Titah baginda, berdasarkan latar belakang tersebut, Islam diterima dan diiktiraf sebagai agama rasmi dengan diberikan keistimewaan dan perlindungan sewaktu perjanjian merdeka dirintis.

ULASAN

Pembentukan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya bertitik tolak dari pengalaman yang pernah dilalui. Negara kita pernah dijajah, dipaksa dan ditindas di tanahair sendiri serta terpaksa melalui berbagai-bagai pengalaman pahit getir, dalam usaha pembebasan dari belenggu penjajahan tersebut.

Kini selepas negara kita berjaya melepaskan diri daripada cengkaman penjajah, kewujudan masyarakat majmuk di negara ini dapat hidup dengan aman dan damai melalui dasar-dasar yang telah diperkenalkan oleh pihak pemerintah di mana semua masyarakat di Malaysia bebas mengamalkan agama, budaya dan adat resam masing-masing.

Penghayatan ajaran Islam yang diamalkan di Malaysia serta kebebasan mengamalkan ajaran agama, budaya dan adat resam oleh penganut-penganut agama lain telah menjadi ramuan kepada kekukuhan perpaduan dan keharmonian sepertimana yang kita nikmati pada hari ini. Islam sebagai tunjang dan agama rasmi persekutuan memberi kebebasan kepada orang bukan Islam untuk mengamalkan ajaran dan kepercayaan mereka sehingga tidak timbul sebarang keresahan dan kerungsingan di kalangan masyarakat bukan Islam.

Antara prinsip yang paling ketara dalam amalan kehidupan berharmoni di Malaysia ialah kebebasan beragama. Islam menghormati sepenuhnya kebebasan beragama dan mencegah adanya paksaan dalam beragama. Al-Quran dengan jelas melarang adanya paksaan sebagai cara mengembangkan agama sebagaimana Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

“ Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)”. (Surah al-Baqarah –256)

Dan firmannya lagi yang bermaksud :

“ dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi, (janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu, kalau tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?” ( Surah Yunus: ayat – 99)

Jika kita menelusuri sejarah peradaban Islam, salah satu contoh terbilang yang melibatkan kebebasan beragama dalam Islam dapat dilihat dengan jelas ketika berlaku pembukaan negeri di Andalus, Sepanyol. Bangsa Yahudi yang disiksa dan diperhambakan, serta dilarang menganut agama selain dari Kristian pada zaman pemerintahan Gothik, telah berubah wajah apabila sinar Islam sampai ke bumi Eropah pada waktu itu. Bukan sahaja bangsa Yahudi dibebaskan daripada kekejaman, ketidakadilan dan penindasan bahkan agama Yahudi diizinkan untuk diamalkan.

Suasana harmoni yang dinikmati oleh masyarakat Malaysia ketika ini lahir dari kebijaksanaan mengamalkan dasar dan konsep kesederhanaan, kesamarataan, saling faham memahami, bertoleransi dan penerapan nilai-nilai murni. Situasi ini sebenarnya bersesuaian dengan konsep dan panduan yang telah dirintis oleh baginda Rasulullah s.a.w. pada zaman permulaan kebangkitan Islam. Di mana, baginda Rasulullah s.a.w. telah menunjukkan sikap “tasamuh”, iaitu tolak ansur atau toleransi walaupun umat Islam menghadapi tentangan yang sengit daripada kaum Musyrikin Makkah pada ketika itu.

Jika masyarakat hari ini mengimbau sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w., contoh ideal masyarakat yang dibangunkan melalui semangat toleransi adalah masyarakat Madinah yang dibangunkan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri dan para sahabatnya. Pada masa itu, masyarakat Islam menjalankan kehidupan dengan aman serta melaksanakan ajaran Islam dengan tenang. Demikian pula dengan orang-orang Nasrani dan Yahudi, mereka melaksanakan ritualnya masing-masing dengan bebas tanpa merasa khuatir dan ragu-ragu.

Dalam urusan pentadbiran dan keamanan negara pula, umat Islam saling berkerjasama dengan orang-orang Nasrani Dan Yahudi. Cuma pada satu ketika, orang-orang Yahudi di usir oleh baginda dan para sahabatnya kerana sikap mereka yang sentiasa mengkhianati dan memungkiri kesepakatan dan perjanjian yang telah dimeterai bersama.

Dalam ajaran Islam sendiri, menghormati dan menghargai anutan agama-agama lain merupakan satu aspek yang perlu diketahui dan difahami. Bahkan umat Islam dilarang sama sekali mencaci tuhan-tuhan yang disembah oleh penganut agama lain. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

“ dan janganlah kamu mencerca benda-benda yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan”. (Surah al-An’am : 108)

Toleransi dalam Islam juga jelas terpancar, dalam satu peristiwa ketika baginda dan penduduk Madinah menuju ke Makkah bagi mengerjakan ibadat umrah. Baginda dan rombongannya ditahan dan dilarang memasuki kota Makkah ketika berada di Hudaibiyah. Rasulullah s.a.w tidak bertindak balas dengan menghadapi mereka secara kekerasan bahkan Baginda membuat rundingan dan perbincangan dengan kaum Musyrikin Makkah. Dengan penuh kebijaksanaan dan lapang dada, baginda bersikap tasamuh malah bersedia mengadakan perjanjian dan bersetuju pula dengan syarat-syarat yang berat sebelah yang diletakkan oleh pihak kaum Musyrikin Makkah.

Kebijaksanaan dan sifat tasamuh yang di tujukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya dalam menghadapi situasi getir ketika itu perlu diteladani dan diperhalusi oleh semua pemimpin bagi sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian etnik, budaya dan agama seperti yang wujud di Malaysia.

Bagi memastikan kelangsungan keharmonian antara agama, budaya dan etnik terus terpelihara di negara ini, konsep kerjasama atau ta’awun insani” juga perlu dijadikan sebagai satu dasar yang menyeluruh dan diterima pakai oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman, agama dan budaya.

Konsep “ta’awun insani” merupakan konsep sejagat yang ditegaskan oleh al-Quran agar manusia saling bantu-membantu kearah kebaikan dan larangan bekerjasama kepada keburukan dan permusuhan. Firman Allah s.w.t dalam suarah al-Maidah ayat -2 yang bermaksud :

“ dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan”.

Nabi s.a.w telah mengamalkan dan melaksanakan prinsip kerjasama sejagat ini ketika baginda menubuhkan negara Islam di Madinah al-Munawarah dengan mengadakan perjanjian dengan orang-orang Yahudi berprinsipkan kerjasama kearah kebaikan dan mempertahankan hak dan kemuliaan insan melalui perjanjian yang dimetrai bersama serta menolak kerjasama yang membawa kepada permusuhan dan pencerobohan.

Dalam konteks Malaysia ketika ini, usaha menggembeleng tenaga dalam usaha merungkai permasalahan gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang semakin membimbangkan perlu ditangani bersama. Kerjasama sebeginilah yang perlu di sepakati, disepadukan dan diintegrasikan oleh semua pihak melalui bentuk kerja dan tindakan yang dilaksanakan secara bersama tanpa dibataskan oleh sebarang perbezaan.

Sungguhpun demikian, kita tidak dapat menafikan hidup dalam suasana masyarakat majmuk ini mempunyai pelbagai emosi dan sensitiviti yang boleh menjerumuskan negara kita ke arah ketidakstabilan.

Oleh sebab itu, marilah kita sama-sama menggembeling tenaga dan bertekad untuk mempertahankan tanahair kita dari sebarang ancaman yang bakal menggugat kita, samada dalam bentuk ancaman kepada aqidah Islam, kepada bangsa dan keselamatan negara samada dari dalam mahupun dari luar negara.

Ketika umat Islam menghormati hak dan kebebasan penganut-penganut agama lain mengamalkan dan menjalankan kegiatan agama masing-masing. Masyarakat bukan Islam juga sepatutnya menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara dan jangan sekali-kali cuba mengganggu gugat kesucian agama Islam serta mempengaruhi umat Islam supaya murtad.

Ini kerana, ajaran Islam amat menitik beratkan hubungan sesama manusia dan amat tolerans berkenaan ajaran-ajaran agama lain. Oleh itu tindakan yang dilakukan oleh golongan tertentu akhir-akhir ini dengan menjadikan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan untuk mengganggu kedudukan Islam amat dikesali. Situasi ini di khuatiri akan mempengaruhi kestabilan dan keharmonian kaum di Malaysia yang telah terjalin sekian lama seandainya isu ini tidak diselesaikan dan dibincangkan secara bijak.

Oleh itu, bagi menjamin kestabilan dan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia ini terus dinikmati dan terpelihara. Semua pihak seharusnya saling memahami dan menghormati kepelbagaian agama, budaya hidup dan adat resam antara kaum. Semarakkan semula semangat setia kawan, berusaha mengelakkan perkara-perkara yang menimbulkan bibit-bibit perkauman, perpecahan serta sentiasa bersedia menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dengan cara rundingan dengan hati yang terbuka.


BAHANA KHABAR ANGIN...

Agama Islam amat menitik beratkan soal perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat dan apa jua faktor yang boleh membawa kepada perpecahan, maka Islam amat mencela perbuatan tersebut. Salah satu faktor yang boleh membawa ke arah perpecahan adalah berpunca dari khabar angin. Faktor khabar angin ini telah menjadi satu sejarah yang terangkum dalam al-Quran yang seharusnya diambil pengajaran dan sempadan. Allah s.w.t telah menurunkan ayat khusus mengenai perbuatan tersebut sebagaimana FirmanNya di dalam surah Al-Hujurat ayat 6:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman , jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini- dengan sebab kejahilan kamu mengenainya- sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Ayat di atas memberi makna yang umum, yang mana kita perlu menyelidiki dan meneliti segala berita dan perkhabaran yang diterima. Berita yang disampaikan oleh mereka yang beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia haruslah diterima manakala berita yang disampaikan atau datangnya dari orang-orang yang fasik hendaklah diselidik dan diteliti kesahihannya terlebih dahulu. Dalam ajaran Islam itu sendiri, setiap berita yang kita terima itu perlu diketahui kedudukannya sebagaimana kaedah fiqh menyatakan: “Sesuatu berita atau kejadian yang diterima itu mengandungi kebarangkalian antara benar dan salah”.

Para Mufasirin menyebutkan bahawa sebab diturunkan ayat di atas adalah kerana satu kisah yang berlaku kepada salah seorang sahabat Nabi yang bernama Al-Walid bin Ukbah Abi Muid. Beliau telah diutusksn oleh Rasullullah s.a.w untuk menguruskan sedekah dan zakat kaum Bani Mustalak. Kehadiran Al-Walid ini telah disambut baik dan kaum Bani Mustalak mengeluarkan zakat sepertimana yang telah diwajibkan. Setelah selesai, Al-Walid pun kembali menemui Rasullullah s.a.w dan memberitahu bahawa kaum Bani Mustalak telah murtad dan enggan mengeluarkan zakat.

Lantas Rasullullah s.a.w telah menghantar Khalid bin Al-Walid untuk menyelidik dengan teliti dan berpesan supaya jangan bertindak terburu-buru mengenai perkhabaran tersebut. Khalid bin Al-Walid pun pergi dan mengutuskan beberapa orang perisik pada waktu malam. Apabila mereka pulang, mereka mengatakan bahawa kaum Bani Mustalak masih berpegang teguh dengan ajaran Islam dan mereka sendiri mendengar laungan azan ketika masuk waktu sembahyang.

Lalu mereka pulang menemui Rasullullah s.a.w dan menyampaikan berita gembira itu kepada baginda Rasullullah s.a.w, kemudian baginda bersabda dengan Mafhumnya: " Langkah selidik dengan teliti itu dari ajaran Allah s.w.t dan bertindak terburu-buru itu adalah dari dorongan syaitan”. Lalu diturunkan ayat ini mengenai peristiwa tersebut sebagai pengajaran, supaya kita dapat meneliti sebarang berita dan maklumat yang disampaikan atau diterima agar dengannya keputusan yang tepat dapat diambil.

Allah s.w.t menciptakan manusia sebagai Khalifah Allah di bumi ini sewajarnya menonjolkan sifat-sifat seperti bekerjasama, bertolak-ansur, bantu-membantu dan bermuafakat dalam segala urusan. Apabila ilmu itu terpisah dari nilai-nilai akhlak dan cenderung kepada akal fikiran yang mengutamakan hawa nafsu semata-mata, ianya akan menjadi penyebab berlakunya perpecahan kesan daripada khabar angin dikalangan umat manusia. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Anam ayat 159:

Maksudnya: Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu, dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikit pun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanyalah terserah kepada Allah s.w.t. Kemudian ia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), akan apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya).

Kita perlu meneliti tentang faktor dan punca yang menyebabkan khabar angin ini berlaku. Ini kerana faktor dan punca inilah yang akan membawa banyak kemudaratan dan kerosakan khususnya dalam hubungan bermasyarakat. Antara punca yang boleh dikenal pasti merebaknya khabar angin apabila tiada lagi sumber yang tepat, tulus, jujur dan sah yang menyakinkan masyarakat sehingga masyarakat mencari satu altenatif lain yang lebih cepat dan inilah yang menyebabkan khabar angin menjadi pilihan.

Faktor kedua ialah sikap masyarakat sendiri yang suka dan gemar kepada berita sensasi yang sentiasa mahukan maklumat baru, sedang mereka lupa untuk menyelidik dan menilai sebagaimana yang disyorkan oleh agama.

Faktor ketiga pula ialah apabila masyarakat sukar untuk mendapatkan berita atau maklumat rasmi yang lengkap dan tidak mengelirukan. Satu perkara yang amat mendukacitakan kita juga ialah sikap segelintir kita yang kadang-kadang mengambil kesempatan untuk menjadi ejen penyebar maklumat palsu hanya disebabkan kepentingan peribadi mereka dan sikap inilah yang amat dibenci oleh Allah s.w.t dan Islam sendiri.

Oleh yang demikian, Islam amat memandang serius tentang perkara ini, kerana ia akan mendatangkan implikasi yang amat buruk sekiranya tidak dibendung sebaiknya. Agama Islam menyarankan kita supaya meneliti terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Dalam dunia era Globilisasi kini , amat malang bagi kita sekiranya kemajuan teknologi disalah gunakan. Ini kerana jika kita perhatikan penyebaran maklumat seperti melalui internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS), amat mudah untuk dijadikan alat penyebar maklumat dan berita palsu yang mampu menjelajah seluruh pelusuk dunia tanpa halangan dan sebarang masalah dalam sekelip mata.

Inilah yang banyak mempengaruhi minda masyarakat kini tidak kira samada golongan tua atau pun muda. Sumber palsu ini akan dapat disebarkan pantas dan kes terbaru yang membabitkan penyebaran SMS yang kononnya Stesen minyak di bandar-bandar utama di sekitar negeri Sabah sesak dengan kenderaan ekoran khabar angin yang tersebar luas kononnya para pengusaha stesen itu akan melancarkan mogok dengan menutup operasi selama 3 hari.

Difahamkan, pengguna kenderaan beratur panjang untuk mengisi minyak sehingga menyebabkan kesesakan teruk lalu lintas di beberapa laluan utama, menyebabkan suasana panik dan bimbang di kalangan pengguna . Keadaan itu juga menyebabkan pengusaha stesen minyak di Sandakan dan Tawau mengehadkan jualan RM50 seorang bagi mengelakkan bekalan minyak kehabisan.

Apa yang dikhuatiri, kesan dari khabar angin ini akan menyebabkan perpecahan dan menimbulkan ketegangan yang bukan hanya melibatkan seseorang atau dua orang tetapi melibatkan banyak pihak. Selain itu, akan merugikan seluruh masyarakat dan negara, dengan hilangnya semangat kasih sayang , hormat menghormati dan tidak menaruh kepercayaan di antara satu sama lain yang akan mengakibatkan runtuhnya sesebuah institusi masyarakat dan hilangnya kewibawaan sesuatu bangsa.

Terdapat sebahagian dari masyarakat kita yang enggan menerima teguran walaupun ia sendiri mengetahui apa yang dilakukan itu jelas tidak betul dan bertentangan dengan ajaran Islam. Mereka bukan sahaja tidak mengendahkan teguran, bahkan sebaliknya cuba memusuhi mereka yang memberi teguran. Dalam hal ini, Islam sangat mengutuk dan menghina perbuatan tersebut sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Munafikun: 5-6.

Maksudnya: Dan apabila dikatakan kepada mereka, “marilah (bertaubat) supaya Rasulullah s.a.w. meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu”, Mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya, dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh. (tidak ada faedahnya) kepada mereka, samada engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah pertunjuk kepada kaum yang fasik.

Oleh yang demikian, marilah kita bersama berganding bahu, bersatu padu memulihkan keadaan dan bersama-sama mengikis sikap suka menyebarkan khabar angin atau berita palsu. Ini kerana Al-Quran telah mengajar kepada kita apabila menerima sesuatu berita hendaklah diselidiki terlebih dahulu tentang kebenarannya dan mengelakkan dari berlakunya penyebaran khabar angin bertepatan dengan kehendak Islam yang sebenar.

Tuesday, June 24, 2008

PERCATURAN POLITIK SABAH....KE MANA ARAHNYA?

Tiga hari berlalu sesi ke-2 sidang Parlimen berlangsung, belum ada ura-ura atau mana-mana pihak yang mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri DS Abdullah Badawi. Sungguhpun sebelum itu, heboh satu dunia apabila Parti SAPP Pimpinan Datuk YTL telah mengisytiharkan dalam satu sidang akhbar untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri DS Abdullah Badawi.

Dari segi perkiraan politik, sudah semestinya ramai yang panas punggung terutamanya parti yang memerintah apabila berhadapan dengan situasi ini, apatah lagi keadaan ini akan menjadi catatan sejarah kerana situasi sedemikian belum pernah berlaku sebelumnya. saya percaya walau bagaimanapun kerajaan marah kepada tindakan SAPP, saya rasa BN atau sesiapa saja yang memerintah akan memerhatikan dakwaan yang dibuat termasuk isu pendatang haram, kemiskinan dan pembangunan tidak seimbang yang berlaku di Sabah akan diberikan perhatian yang semaksimanya selepas peristiwa ini.

Walaupun usul undi tak percaya ini akan dibawa atau diusulkan di parlimen, namun saya yakin ia akan menemui jalan buntu dan pihak pemerintah pasti akan sedaya upaya untuk mempertahankan kerajaan yang sedia ada. Walaubagai manapun, kesan yang timbul daripada peristiwa ini ialah rakyat Sabah akan diberi perhatian serius dan jika bertujuan mewujudkan sentimen menentang BN, ia sebenarnya tidak akan memberi kesan besar kerana isu dibawa oleh SAPP.

Tetapi ia akan memberi kesan besar jika usul itu dibawa oleh Ketua Menteri Sabah seperti yang berlaku pada zaman PBS, sedangkan ketika ini SAPP hanya mempunyai dua wakil di Parlimen.

Di sebalik gegaran akibat tindakan yang di buat oleh SAPP ini, saya amat tertarik melihat kepada maklum balas segera Menteri Besar Selangor, dan Penasihat Pakatan Rakyat, (Datuk Seri Anwar Ibrahim), saya amat percaya keberanian Datuk YTL dan SAPP mengambil tindakan sedemikian setelah berlakunya pembabitan pakatan pihak ketiga.

Saya rasa kewujudan sang 'gergasi' di belakang SAPP memang ada dan sang 'gergasi' itulah yang telah membuat percaturan yang teliti. Mungkin ada pakatan atau strategi lain atau dalam kata mudah, ia sama seperti permainan catur iaitu bidak (buah catur yang paling rendah nilainya) akan jalan dulu.

Ada satu permainan besar di luar sana dan satu perang saraf lebih besar mula menular. Jika diteliti, dulu pembangkang hanya katakan mereka ada sokongan tetapi sekarang sudah ada yang menyuarakan secara terbuka.

Keadaan ini akan mewujudkan keadaan serba salah atau 50-50 sama ada nak sokong atau kekal dengan apa yang ada sekarang. Sasaran mereka ialah golongan atas pagar yang sentiasa mahu berada dalam pasukan menang dengan memilih jalan selamat.

Persoalannya..seandainya pihak pemerintah yang ada sekarang boleh dijatuhkan dan diganti dengan PR, apakah jaminan hak dan segala permasalahan yang timbul di negeri Sabah boleh di penuhi segalanya. Atau negeri Sabah, bakal dipimpin oleh satu kuasa pemerintah yang menjadi boneka kepada SANG PENGUASA GERGASI...

Saturday, June 21, 2008

SUMPAH SAUDARA EZAM

Kerajaan PAS Kelantan pada penggal lalu bertahan dengan perbezaan SATU kerusi saja dengan Barisan Nasional.

Namun Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim merasa pembangkang sudah hampir untuk menjejak kaki ke Putrajaya sekalipun memerlukan 28 kerusi lagi di Parlimen dari 30 sebelum ini.

Dua Ahi Parlimen SAPP sudah jelas tidur sebantal dengan pembangkang berikutan keputusan Majlis Tertinggi parti itu mengesahkan pendirian presidennya Datuk Yong Teck Lee yang tidak percaya lagi pada pimpinan Perdana Menteri Datuk seri Abdullah Ahmad Badawi.

Di depan ribuan orangramai yang berhimpun di Stadium Shah Alam Jumaat malam merayakan majlis sambutan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kelantan,Anwar mengulangi dakwaannya Pakatan Rakyat dapat menubuhkan kerajaan pusat yang baru tidak lama lagi.

"Saya mahu mengajak semua ahli-ahli politik dari Barisan Nasional…mari kita selamatkan Malaysia, ekonomi Malaysia dan mari kita tumbangkan kerajaan UMNO Barisan Nasional," kata Anwar.

Bagi sesetengah pemerhati politik tindakan SAPP ini telah memberi anjakan kepada perang saraf Anwar mengenai tarikh 16 September.

Tandatanya sekarang apa lagi lepas ini.


Namun di satu medan lain bekas orang kanan Anwar,Ezam Mohd Nor yang baru-baru ini memohon untuk masuk UMNO sudah mula bergerak untuk memintas segala impian Penasihat PKR itu.

Pendirian tegasnya disuarakan dalam ceramah bertajuk 'Mempertahankan Perjuangan Pengasas Bangsa' Dewan Tunku Abdul Rahman,Kuala Terengganu Khamis malam.


Ezam mungkin seorang individu tetapi bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan dan bekas Setiausaha Politik Anwar di Kementerian Kewangan dulu ‘ tahu banyak’.

Ini yang membuatkan ramai hadirin di majlis ceramah itu terpaku bila beliau bersumpah atas nama Allah SWT dan Rasul akan menghalang Anwar dari menjadi Perdana Menteri kerana 'prinsip seorang Muslim".

Tegasnya beliau sedia untuk 'all-out' bagi menghalang Anwar dari menjadi Perdana Menteri 'atas sebab-sebab tertentu'.

"Saya bukan jenis orang yang suka mengaibkan orang lain, tapi jangan cabar saya," kata Ezam

Ezam menjelaskan politik cara Anwar akan menghancurkan kestabilan negara dari segi keselamatan dan ekonomi.

Dalam ceramah sulung di pentas UMNO itu, Ezam yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik Anwar berkata, tindakan beliau meninggalkan bekas boss nya itu semata-mata atas dasar prinsip.

Menurut beliau, biarpun ada dakwaan kononnya beliau disogok jutaan ringgit serta jawatan tertentu oleh UMNO, namun hakikat sebenarnya adalah beliau hilang kepercayaan pada perjuangan PKR.

"Dengan nama ALLAH saya tinggalkan Anwar atas prinsip sebagai seorang Muslim yang berpegang kepada prinsip Islam yang tidak membenarkan saya membantu beliau menjadi pemimpin dalam apa cara sekalipun," kata Ezam.

Jelas Ezam, sejak mengumumkan menyertai UMNO, beliau menjadi mangsa fitnah pihak tertentu.

Katanya, beliau tidak gentar sama sekali dengan fitnah-fitnah tersebut bahkan beliau memberi amaran bahawa kesabarannya ada batas.

"Saya tidak suka aibkan orang, tapi kalau terus memfitnah saya akan gempur habis-habisan," katanya

Thursday, June 19, 2008

PM Terkulai atau Terkucil

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) Pimpinan YTL mengisytiharkan sudah hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri sebagai tindakan menikam dari belakang yang dilakukan oleh orang yang kecewa.
"Tikam kawan ini, kerja orang yang kecewa dan sepatutnya kita kena bincang"
Begitulah reaksi pertama Tuan Guru berkenaan kemelut yang melanda dalam kerajaan BN pimpinan DS Abdullah Badawi, PM yang degil untuk meletak jawatan.

Manakala Ahli Parlimen Jerlun Dato' Mukhriz Mahathir (bekas anak mantan perdana menteri yang kuat menangis) pula menyokong tindakan SAPP pimpinan YTL ini kerana ianya akan mempercepatkan plan peralihan kuasa.
Walau bagaimanapun, beliau tidak akan menyokong usul berkenaan sekiranya ia hanya membawa keuntungan kepada DS Anuar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang.

Dalam situsi sekarang, pihak mana yang untung atau merana hanya akan terjawab apabila sidang dewan parlimen akan dibuka 23 Jun ini. Adakah sejumlah Ahli parlimen dari BN atau PR akan turut serta menyokong usul undi tidak percya terhad PM atau sebaliknya. Yang pasti kedudukan PM yang degil untuk berundur ketika ini sedang menghadapi saat yang sungguh getir dan bolehlah dianggap "telur dihujung tanduk"... PM ketika ini dalam keadaan terkulai dan mungkin dah terkucil.....

Apakah ada plan atau strategi terdesak yang akan digunakan oleh konco2 PM khususnya mereka yang berada di tingkat 4 Putrajaya untuk menyelamatkan BOS no WAHID mereka atau akan berlakukah suatu kejutan yang tidak pernah terlintas oleh benak fikiran kita...

Apakah DS Anuar Ibrahim yang dipecat dari UMNO dan tidak pernah meninggalkan UMNO ini akan membuat 'come back' dengan mengambil alih kepimpinan negara dalam masa terdekat. Dan apakah PM yang degil untuk berundur ini bersedia melepaskan jawatannya dengan meninggalkan liabiliti yang menggunung kepada bakal penggantinya?

Apapun...kita sebagai rakyat berjiwa merdeka seharusnya mengambil iktibar suasana yang berlaku dalam negara kita sekarang. Mungkin ada segolongan puak atau kumpulan yang ingin meraih atau mengambil kesempatan di atas kekalutan yang dihadapi oleh BN, namun dalam masa yang sama kita juga perlu sedar, apakah jaminan yang ada dengan menyatakan suasana ini akan reda seandainya PM akan mengundur diri. Yang paling kita khuatiri... bukannya keadaan bertambah tenang tetapi rakyat dan negara pula semakin kucar kacir....

Wednesday, June 18, 2008

KeMbalikan Hak SABAH

Parti Maju Sabah (SAPP) pimpinan Datuk Yong Teck Lee (YTL) telah mengisytiharkan untuk mengusulkan Undi Tidak Percaya Terhadap Kepimpinan Datuk Seri Abdullah Badawi, Perdana Menteri yang DEGIL untuk meletak jawatan.
Seharusnya, pendirian yang ditunjukkan oleh SAPP ini khususnya kepada Datuk YTL perlu dijadiakn sebagai turning point dan pemangkin kepada ahli-ahli politik Sabah yang lain untuk mendesak kepimpinan pusat untuk memberikan keadilan yang saksama kepada Negeri Sabah.
Saban hari, bulan, dan tahun rakyat Sabah di sajikan dan diumpan dengan pelbagai janji, kononnya kerajaan pusat memberikan perhatian sepunuh-punuhnya kepada Sabah atas dasar pembangunan, tapi malangnya rakyat sabah seolah-olah menanti buah butir yang tak jatuh.
Kepada barisan kepimpinan PM yang DEGIL untuk meletak jawatan, sedarlah dan insaflah!! bahawa anda merasai tampuk pemerintahan sekarang sabagai PM, adalah dokongan padu dan sokongan kuat kebanyakkannya datang dari RAKYAT SABAH.
Namun dalam tempoh pemerintahan anda, Rakyat Sabah amat terlalu kecewa dengan corak kepimpinan dan pembawaan yang anda tonjolkan... Anda seolah-olah memperGUNAkan rakyat sabah menyokong anda supaya anda dan KONCO-KONCO merasai empuk kerusi tebal PUTRAJAYA tanpa mempedulikan rintihan rakyat MARHAEN orang Sabah.
Orang Sabah ada maruah dan harga diri yang perlu dihormati..... kembalikan hak rakyat sabah dan akan tetap menyokong kepimpinan yang benar-benar ikhlas membantu rakyat sabah.