Wednesday, September 17, 2008

MATA HATI ANDA...

MEMETIK kata-kata pelukis tersohor di zaman pembaharuan, Leonardo da Vinci, katanya manusia ini ada tiga kelas. Pertama, mereka yang melihat, kedua, mereka yang melihat apabila ditunjuk dan ketiga, mereka yang tidak melihat.

Menarik petikan itu. Banyak yang boleh difikirkan dengan kata-kata tersebut. Dan sudah tentulah yang paling teruk ialah yang ketiga, iaitu mereka yang tidak melihat. Bukan kerana mata mereka buta, tapi sengaja mereka tidak mahu ambil tahu. Orang buta pun mempunyai mata hati dan naluri untuk melihat, inikan pula yang celik. Yang kedua pun sama teruk juga, iaitu mereka hanya akan ambil tahu apabila ditunjukkan di depan mata mereka. Orang jenis ini ialah orang yang tiada perasaan, tidak endah atau dalam istilah kasar, pemalas.

Seperti yang dikatakan tadi, banyak intrepretasi dan tafsiran yang boleh dibuat daripada kata-kata mudah pelukis Mona Lisa dan The Last Supper itu. Mata ini lazimnya berkait rapat dengan perasaan, akal dan tindakan. Jika kita melihat wanita cantik atau jejaka tampan, umpamanya, naluri kita akan melonjak. Itu adalah fitrah lahiriah dan jasmaniah manusia. Jika sesiapa cuba menafikannya, mereka adalah pendusta, atau jika mereka sengaja menafikannya, mereka adalah munafik. Pendek kata, ia semua ada kaitan dengan mata.

Apa kata jika dikaitkan petikan menarik itu dengan suasana politik semasa tanah air. Terus terang dikatakan, jika saya seorang saintis politik, inilah masa yang amat menarik sekali bagi melihat, mengkaji, mentafsir dan merasai suasana itu. Dalam konteks Malaysia, bukan seperti di Thailand, Jepun mahupun Taiwan, suasana itu datang sekali dalam sekian lama.

Di depan kita sekarang ialah suasana politik UMNO yang menjadi perbualan saban hari. Semua orang bercakap mengenainya, daripada isu kecil seperti pemilihan cawangan dan bahagian kepadalah isu besar di peringkat tertinggi dan peralihan kuasa. Begitu jugalah soal tindakan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim, yang cuba 'menawan' Malaysia, juga menjadi buah mulut popular. Tidak henti-henti mereka bercakap mengenai politik, politik dan politik. Orang sudah lupa mengenai kenaikan harga minyak atau apa yang berlaku di negara orang lain.

Bagaimana kita melihat suasana itu? Bagi orang biasa, suasana politik sekarang dilihat dengan penuh teruja, rimas, menarik, sedih, gembira, berkobar-kobar. Bagi pemimpin pula, ada yang berdebar-debar, resah gelisah - mungkin kerana kedudukan akan hilang, pengaruh akan tercalar atau mungkin akan dipaksa turun atau negara akan tergadai. Inilah senario antara rakyat dan pemimpin. Bagi rakyat yang boleh melihat antara mata dan mata hati - mereka berupaya melihat kedua-dua senario itu. Mereka melihat sambil berfikir.

Saya tidak pasti di kedudukan mana rakyat Malaysia kini berada. Adakah mereka sedang berfikir seperti orang biasa, sebagai seorang pemimpin atau kedua-duanya sekali.

Bagaimana rakyat Malaysia menilai apa yang berlaku di sekeliling mereka sebenarnya amat penting demi kebaikan negara itu sendiri. Adakah mereka melihat apa yang orang lain nampak itu keburukan dan ancaman, sebagai satu kelebihan dan keuntungan kepada mereka?

Ada yang gemar melihat berlakunya pertikaian sehingga berputih mata. Ada yang suka bersorak walaupun "kampung tergadai" dan lebih hebat lagi ada yang tidak kisah jika taktik kotor digunakan asalkan "matlamat menghalalkan cara. "Orang Putih menggelarkan itu semua sebagai collateral damage - kerana ada pihak tidak kisah apa yang orang lain alami akibat tindakan mereka.

Apabila Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Dr. Mahathir Mohamad, misalnya berentap dalam pemilihan Presiden UMNO dulu - parti itu terbelah dua dan sampai sekarang kesannya, Kelantan gagal diambil alih oleh BN. Walaupun kini mereka sudah kembali bersahabat baik, kesannya terhadap apa yang berlaku sudah dilupai.

Sebaliknya, tumpuan kini ialah untuk melihat dengan penuh debaran apakah yang akan berlaku dalam pemilihan hujung tahun ini, mahupun pemilihan bahagian Oktober ini.

Orang juga melihat apakah ada pemimpin yang akan beralah, bagi memberi peluang berlakunya peralihan lancar? Perlu diingat masing-masing mempunyai pengikut diehard (totok) yang sanggup melakukan apa saja demi pemimpin mereka.

Begitu juga dengan rancangan Anwar mahu mengambil alih negara ini. Apa cara sekalipun, beliau tidak kisah asalkan matlamat menghalalkan tindakannya. Seperti juga yang lain, beliau juga mempunyai pengikut yang sanggup bermatian untuknya.

Senario ini sedang diperhatikan oleh rakyat Malaysia dan orang luar dengan penuh minat. Ada orang berkata "kerajaan sekarang sedang di akhir batuannya" dan ada juga yang berkata, "kerajaan baru pula masih jauh ribuan batu."

Akhir kata, janganlah kita jadi seperti orang yang menengok tanpa melihat, menyentuh tanpa berasa dan berkata tanpa berfikir. Melihatlah apa yang berlaku di keliling kita dengan penuh rasional dan kesedaran demi agama, bangsa dan negara.

Tuesday, September 16, 2008

ANWAR BALA KEPADA PAS

Dipetik Dari Laman Blog : www.msomelayu.blogspot.com

Kenapa Jadikan Anwar Sebagai Bala Pas

SEDAR atau tidak sedar, setuju atau tidak setuju, projek 16 September kini menjadi seperti api dalam sekam memakan dan memamah keharmonian Pas selama ini. Projek itu telah menjadi bala kepada Pas meretakkan ukhwah sesamanya. Projek berkenaan yang sepatutnya tidak ada sangkut paut dengan Pas kerana ia adalah agenda peribadi PKR dan penasihatnya Anwar Ibrahim, namun kini menjadi isu yang mengeruhkan suasana dalam Pas.

Pas seharusnya memerhati dari jauh berhubung projek berkenaan tanpa menyusahkan diri dengannya. Pas boleh mengaut keuntungan daripada projek itu tanpa ikut sama mencelup tangan hingga sampai ke pangkal lengan dalam projek berkenaan. Cara itu lebih baik kerana kalau ia tidak berlaku Pas tidak akan terkena bau busuknya.

Gara-gara projek itu kini Pas semacam retak. Ada dua pendapat saling bertentangan berhubung dengannya. Satu pihak mempercayainya hidup-hidup kepada projek berkenaan dan satu pihak lagi menolaknya mentah-mentah. Kedua pihak ada sebab dan hujah tersendiri untuk menerima dan menafikannya.
Strategi politik

Pertentangan berhubung projek ini yang membawa kepada pertentangan kepercayaan bukan saja kepada strategi politik itu tapi membabitkan keyakinan kepada Anwar itu sendiri sedkit sebanyak terobek.

Ia semakin merebak apabila pertentangan itu bukan berlaku dari kalangan individu bawahan tetapi sudah terarah kepada pembentukan dua kelompok yang kontras dalam Pas; yang menyokong Anwar dan yang menentang Anwar.

Hari ini perwujudan kelompok itu sangat jelas dan sudah menjadi sebutan dengan berbagai nama ataupun gelaran. Kedua kelompok ini masing-masing membicara mengikut gaya dan keyakinan tersendiri dan tidak mahu bertemu untuk membincang secara bersama lagi. Ia juga menampakkan konflit sesama sendiri yang cenderung kepada keadaan yang meruncing jika tidak disedari segera kedua pihak.

Pergeseran dan perbezaan pendapat tidak menjadi masalah. Pas selalu mengalami pergeseran dalam mencari kesimpulan berhubung sesuatu isu. Tetapi kalau pergeseran kerana menegakkan batang tubuh manusia di luar parti itu ia menghairankan. Ia agak ganjil sedikit! Bila masa pula Pas bertindak menjadi NGO menjaga hak asasi seseorang?

Anwar adalah individu di luar Pas. Kenapa Pas harus menjadikan batang tubuhnya sebagai pemecah belahkan Pas? Beliau tidak ada kaitan dengan Pas. Sedangkan apa yang berlaku kini ialah disebabkan Anwar. Di sinilah kesilapannya dan menampakkan kurang matangnya siasah Pas.
Perkara ini tidak boleh disembunyikan lagi. Ia semakin ketara dan nyata. Walaupun ada pihak dalam Pas yang ingin mendamai dan menyembunyikannya namun tidak berhasil. Kerana kedua terlibat mempunyai pengaruh yang besar ke atas satu sama lain. Keyakinan dan ego (amarah) manusia menjadikan manusia lupa kepada amanah dan tanggungjawab perjuangan dan menjaga kepentingan ahli Pas.

Mereka yang bersetuju dengan projek 16 September ini atau tepatnya terpesona dengan Anwar ialah Husam Musa, Naib Presiden Pas, (beliau boleh dianggap sebagai ketua), Kamaruddin Jaaffar, Setiausaha Agung, Zulkifly Ahmad, Pengarah Strategi Pas, Mohd Hatta Ramli, Bendahari Agung Pas, Mahfuz Omar, Ketua Penerangan Pas, Syed Azman Syed Mohamad AJK Pas, Abdul Khalid Samad, ahli Parlimen Shah Alam. Mereka ini dibantu oleh Dr Mariah Mahmood dan Dr Lo' Lo' Ghazali keduanya AJK Pas Pusat.

Dijadikan perkakas

Dan kelompok ini merasakan mereka merdeka dan menang apabila Musyidul Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat sebagai memberi mata dan sedia membentangkan belakangnya untuk dijadikan perkakas usang oleh kelompok ini.

Manakala pihak yang tidak setuju dan tidak yakin dengan projek berkenaan ialah Abdul Hadi Awang, Presiden Pas, Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden, Mustafa Ali, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas. Mereka ini dibantu oleh Dr Haron Din, Timbalan Mursyidul Am Pas, Harun Taib bersama beberapa tokoh veteran Pas Terengganu, Kedah, Kelantan, Johor dan lain-lain.

Disebabkan Mustafa dilihat vokal dan menjadi penasihat politik Abdul Hadi Awang maka beliau dicap sebagai ketua di sebelah sini.

Jelas kalau dilihat kepada klasifikasi ini ia menggambarkan Pas kini sudah berpecah dua kumpulan dan di mana kekuatan kedua pihak kelihatan sama gagah kerana keduanya diketuai oleh pucuk pimpinan Pas tertinggi.

Pada dasarnya kedua kelompok ini ada hujah dan alasan kenapa mereka menolak dan menyokongnya. Namun sayang hujah dan alasan ini tidak dapat mempengaruhi di antara satu sama lain sebaliknya keyakinan ini mereka saling bertentangan.

Pada hemat saya, puak yang menyokong Anwar atau yakin dengan projek peralihan kuasa 16 September (esok) itu mereka sedar hakikat kekosongan angan-angan itu. Tetapi kenapa mereka sokong ialah kerana motif lain. Saya tidak kira Husam Musa (arkitek baru Pas) buta dan jahil mengenai hal ini. Beliau tentu sekali nampak dan bermain politik untuk kepentingan partinya dan juga dirinya di sebalik menyokong projek itu.

Daripada apa yang dilakukan, menjelaskan Husam seakan sedang menguji sejauh mana kehebatan dirinya dengan isu berkenaan. Cara beliau menggerakkan isu itu dan bermain politik dengannya seakan beliau sedang membuat persiapan untuk masa depan politiknya. Secara tidak langsung kini umum sudah melihat semacam ada perlumbaan pengaruh antara Husam dengan tokoh-tokoh tertentu dalam Pas. Jangan terkejut kalau pada pemilihan pucuk pimpinan Pas tahun depan Husam akan mencabar Abdul Hadi Awang untuk jawatan presiden!

Demikian juga dengan kumpulan yang tidak yakin dengan projek berkenaan. Mereka tidak setuju bukan kerana projek itu projek Mat Jenin; tetapi kerana alasan-alasan lain yang sangat jelas dan konkrit kepada mereka. Di sini saya nampak mereka bukan tidak suka kepada projek berkenaan tetapi tidak boleh menerima sikap dan keperibadian pengilham projek berkenaan, Anwar Ibrahim.
Adapun mengapa mereka tidak bersedia menerima Anwar ialah kerana masalah peribadi yang dihadapi Penasihat PKR itu. Tuduhan liwat ke atas Anwar atau sejarah politik Anwar dizaman gemilangnya dalam BN dulu yang menghentam dan menganiaya Pas menyebabkan mereka sukar untuk menerima Anwar. Dalam erti kata lain gara-gara sejarah hitam dan parut itu mereka hilang penghormatan kepada Anwar.

Tikaman Anwar

Tentu berlain dengan mereka yang tidak mengenali Anwar dan baru mengenalinya seharian dua ini, tidak merasai betapa sakitnya tikaman Anwar terhadap Pas sebelum ini. Mungkin kesan dan sejarah itu menyebabkan mereka berhati-hati untuk menerima Anwar. Mungkin dalam hal ini bagaimana peritnya Nik Aziz terhadap Umno yang menendang Pas keluar BN mungkin begitulah juga peritnya kelompak ini kepada Anwar.

Apa yang berlaku ini walaupun melibatkan Anwar, penasihat PK itu tidak boleh disalahkan. Beliau tidak berdosa dalam hal ini. Anwar tidak memangil dan meminta secara rasmi agar menyokongnya. Pihak yang menyokongnya mahu menumpang tuah dan auranya. Mereka mengira Anwar boleh melakukan sesuatu termasuk meruntuhkan kerajaan BN yang menjadi harapan bersama.

Dalam menangani kemelut ini pada hemat saya Pas kurang berhati-hati dan tidak ceramat. Sepatutnya Pas selesai dengan cara baik dan tidak membuka ruang perbezaan dan konflit antara satu sama lain dengan lebih luas. Perselisihan itu berlaku menampakkan keretakan dalam Pas. Kematangan Pas selama 52 tahun juga boleh dipertikaikan.

Misalnya teguran Nik Abdul Aziz Nik Mat ke atas Mustafa Ali yang meluahkan pandanganya tidak percaya kepada projek itu tidak bijaksana. Nik Aziz sebagai Mursyidul Am tidak sepatut membuat teguran terbuka begitu dengan mengedarkan kenyataan akhbar mengkritik Mustafa Ali ke dalam blog dan internet.

Tindakan itu tidak fatanah dan bertentang dengan ciri kepimpinan para sahabat yang menjadi idola dan teladan pemimpin Pas. Nik Aziz agak emosional dalam melayani kerenah Mustafa Ali itu. Nik Aziz patut lebih menjaga kedudukannya sebagai Mursyidul Am di mana jawatan tertinggi dalam hirerki Pas daripada turut menjadi broker atau proksi kepada puak yang menyokong Anwar dan sanggup singsing jubah turun padang.

Dalam perhatian saya mengenai isu sokongan kepada Anwar ini Nik Aziz menggunakan sepenuhnya baju dan jubahnya sebagai Mursyidul Am Pas untuk menyokong bekas TPM itu. Pandangan Majlis Syura pun dilanggarnya! Perangai ini sungguh aneh. Beliau seakan lebihkan kepada Anwar daripada menjaga perasaan dan kepentingan pemimpin Pas sendiri. Nik Aziz harus sedar dan jangan mudah nyanyuk bahawa Pas itu adalah hak jemaah dan bukan kepunyaannya. Sehebat mana ilmunya dan sebesar mana pengaruhnya ia tetap dipayungi oleh Pas.

Dalam apa juga keadaan dan berdepan dengan krisis dan perbalahan beliau tidak wajar berpihak dan patut berada di tengah. Jawatan Mursyidul Am itu sendiri adalah sebagai penasihat dan pemberi kata putus. Ia tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya apa lagi mengikut sentimen dan apa lagi kalau sanggup bercakap dengan menggunakan air liur orang lain.

Kini tidak ada siapa lagi yang boleh menjadi orang tengah dan penasihat yang adil dan dihormati dalam Pas apabila Mursyidul Am Pas sendiri boleh dipertikaikan keadilan dan tanggungjawabnya. Perkembangan ini agak malang bagi Pas. Dalam Umno dituduh berkecamuk, Pas juga nampaknya terikut sama bercelaru dengan bergaduh dan singgung menyinggung sesama sendiri sampai terselak barang dalam kain. Barangkali sudah begitu takdir Allah!

Friday, September 12, 2008

MELAYU OH MELAYU....

Renung-renungkan lah…..

paklah tertekan..
pembangkang menekan...
melayu same melayu bermusuhan..
cina n india bertepuk tangan...
nak takluk malaysia da lama dorang idamkan...
hak bumiputera bukan lagi satu keistimewaan. . ..
cina ngan india dah jadik johan!

pkr mengganas...
anwar kuarkan idea 'bernas'...
orang umno hati panas...
mca n mic pandai nak kipas...
DAP tetap pilihan cina n india yang teratas...
dorang sokong PKR tu ader 'nas'...

pernah satu tmpt dimana ahli parlimen cina berkata...
saya luar saja BN..dalam hati DAP juga...
kenapa melayu buta mata?
gaduh je yang dorang suke..
kenapa?....nak tunjuk yang korang berkuasa?
padehal negara di hujung nyawa..
bumiputera dinafikan hak sekeras-kerasnya. ..
itu ke yang orang melayu suka?
demonstrasi sini sana ...
bikin kacau bilau satu negara...
cina india duduk rumah gelak2 tgk brita...
betapa orang melayu pun dah tak sekuat mana..
mane melayu di masa muka?
anak cucu korang gak yang jadi mangsa..

di perak satu hal....
cina diberi tanah hak milik kekal...
di mana undang2 tubuh negeri perak tak pnh melakukan perkara sebegitu yg tak masuk akal...
skrg melayu yg rugi n tertinggal.. .
MB pun satu...rujukla org2 atau undang2 yang dah dibekal...
jangan buat keputusan yang tak masuk akal...
smate2 nak tunaikan janji mase plihanraye yg dah terlafaz..

cina india otak bijak..
skarang dorang sokong la PAS n PKR, lepas krajaan da jatuh,dorang akan pijak!

kalau anwar jadi perdana menteri..
jika ditakdirkan tuhan keesokkannyer dier mati...
sape yang akan mengganti?
ahli tertinggi PKR,cina dan india sedia menanti...
orang melayu yang bijak n pandai n yg kuat PKR kan semua dah kuar parti...
last2 cina india jadi perdana menteri..
hak melayu slama-lamanya dinafi..
di malaysia melayu jadi kuli..
cina india suke hati lagi..
ha melayu...nak sengih lagi?
ade hati nak demonstrasi lagi?
mase tu sape pun tak pduli
pade dorang...lbih baik mlayu mati..

skarang cina india tgh menanti..
paklah undur,najib jadi pengganti...
tapi bila najib jadi perdana menteri..
cina/india dah buat prangkap lagi...
najib akan terjerat oleh skandal sendiri...
tyme ni cina n india hentam najib sparuh mati...
hentaman ini akan berlaku dikala krajaan blom tetapkan penerus generasi perdana menteri...

krajaan pade mase itu takkan dihormati...
peristiwa 13 mei akan berlaku lagi...

ha melayu...gelak la lagi..
bergaduh la sesame sendiri...

tak mustahil org melayu malaysia akan jadi spt org melayu di singapura...
disekat keistimewaan di mana2..
terabai seperti bangkai bernyawa..

SEDARLAH ORANG MELAYU...
TAK GUNE BERMUSUHAN ANTARA PARTI..
TAK KISAHLA BN KE...PAS KE....
TOLONG LA BERSATU PADU..
NI BUKAN PASAL ISLAM SHJ...TETAPI PASAL MARUAH BANGSA...
PKR TU BONEKA JE..
CINA INDIA SOKONG PUN SBB UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI...

TOLONG LA BUKAK MATE SKET!!!
TAKYAH LA NAK GULINGKAN KERAJAAN...
FIKIR LA SKET NASIB MELAYU..

DAH LA PEMERINTAH DAHULU PENAT2 NAK DPTKAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU... ORANG MELAYU ...NAME PUN TANAH MELAYU OII...

SEDARLAH SIKIT...
SAPE YANG NAK BELA MELAYU KALAU BUKAN ORANG MELAYU?
SAPE????????
CINA N INDIA BUKANNYE NAK BELA ORANG MELAYU...KORANG JE YANG TERHARAP2...

MELAYU AKAN BELA MELAYU..
TAK KESAH LA BETAPA TERUKNYE DIRI DIER...TERUKNYE PERSONALITI DIER..
JAUH DI SUDUT HATI...TETAP ADE RASE TANGGUNGJWB PD ORG MELAYU..

SEDARLA...
FIKIR SKET ANAK CUCU...JANGAN FIKIRKAN KITE JE...

TOLONG SEBARKAN PADA SEKALIAN ORANG MELAYU...

SLMTKAN MARUAH MELAYU..

UBAHLAH SEKARANG.... .

PAS ATAU UMNO ATAU PKR DAH LAA....
BERSATU LAAA ORANG MELAYU....
DEMI ANAK-ANAK DAN CUCU

Wednesday, September 10, 2008

UNTUK TATAPAN PARA CUCU-CICIT KU

Lipatan Sejarah...

Tun Tan Siew Sin, Presiden MCA dalam akhbar tempatan bertajuk “Tun Tan Answers Critics on Special Privileges” dalam ucapan pada 30 April 1969.

“The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such an extent that within 12 months of independence, 90 percent of the non-Malays had become citizens whereas before independence 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession, the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interests of other communities.’’


Terjemahan :
Dalam ucapannya bertajuk Menjawab Kritikan Mengenai Keistimewaan Orang Melayu, yang dilaporkan akhbar pada 30 April 1969, Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin berkata Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara, berbanding keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih bukan diiktirafkan sebagai rakyat setelah hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah di negeri-negeri Melayu. Dan sebagai membalas kemurahan hati Orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa Orang Melayu dan sekali gus mempertahankan kepentingan-kepentingan sah masyarakat kaum lain.

Sumber : Tan Sri Haji Khalid Awang Osman, Malaysia – An Anthology, Vantage Press, New York, tanpa tarikh, halaman 38-39.

Ucapan YB Tun V.T. Sambanthan, Presiden MIC merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom di Dewan Rakyat pada 01 Jun 1965.

“Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now, what did the Malays do – since we are speaking on racial lines – what did the Malay leadership do?
They had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship?

If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indians have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here, we found that the Malay leadership said, “ We shall take them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens”. And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousands of Indians, Chinese, Ceylonese and others became citizens...

As I said, it has been my great good fortune to have been born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than the Malay race?
Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world ? I ask you. These are the fects. Who are you to safeguard us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here.”

Terjemahan :
Pada 01 Jun 1965, Tun Sambanthan merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom dalam ucapanya berkata, “Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi selanjutnya mendapat kemerdekaan dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dan lihat kepada saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaran yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut?

Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum india telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf wargenagara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, “ Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka setiap peluang untuk menjadi warganegara. Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu), ribuan orang India , Cina dan Ceylon menjadi warganegara”.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh jumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun, dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.”

Sumber : Tan Sri Haji Khalid Awang Osman, Malaysia – An Anthology, Vantage Press, New York, tanpa tarikh, halaman 60

Tuesday, September 9, 2008

JANGAN SAMPAI KERIS TERHUNUS

JANGAN DIAMUK AMARAH ORANG MELAYU

Tembelang Lim Guan Eng sudah pecah dek kerana kejahilan beliau tentang sejarah Malaysia yang dahulunya bernama Tanah Melayu. Beliau begitu berani mahu mengatur negara Malaysia yang di asaskan oleh Kesultanan Melayu dan terbina atas darah bangsa Melayu. Kepada semua rakyat Malaysia khususnya DAP, anda patut sedar diri, tahu batasan dan merasa malu hendak
memandai-mandai di Tanah tumpah orang Melayu. Jangan cuba untuk mensamaratakan hak dan keistimewaan semua bangsa di Malaysia.


Manakan sama Kesultanan dan orang Melayu sebagai pengasas Tanah air dengan orang yang baru datang menetap. Manakan sama orang Melayu yang bergadai nyawa bermandi darah semasa negara mula dijajah pada 1511 dengan pedagang India dan Cina yang lari lintang pukang menyelamatkan barang dagangan mereka. Lebih menyakitkan hati orang Melayu, menurut buku tulisan Richard Winsted pedagang-pedagang Cina telah memberikan jongkong mereka untuk kegunaan tentera Portugis untuk mendarat ke Melaka kerana kapal mereka besar tidak sampai ke pantai.

Walaupun perkara ini telah berlaku lebih 500 tahun dahulu tetapi amat wajar di jadikan peringatan kepada orang Melayu dan sangat perlu dijadikan nasihat kepada DAP supaya sentiasa sedar diri dan jangan di ibaratkan seperti "gunting dalam lipatan,cantik di luar runcing di dalam". Pengetahuan tentang sejarah Tanah Air jangan di anggap mudah oleh masyarakat malaysia khususnya golongan muda yang bakal menjaga negara. Jika kita tidak tahu akan perjuangan orang Melayu melawan Portugis, Belanda, Inngeris, komunis dan Jepun maka sewenang-wenangnya kita akan terpedaya dengan dakyah DAP ini yang mana kita merasa negara ini di asaskan oleh bangsa Melayu, Cina dan India. Sebenarnya tidak sama sekali. Jika semasa menentang Potugis dan Belanda Tanah Melayu dibela oleh darah hang Nadim Raja Ahmad, Raja Haji. Dizaman British mereka gerun dengan Mat Kilau, Dato Bahaman, Dato Maharajalela, Rentap, Tok Janggut dan lain-lain.


Tetapi bila sudah Merdeka dan negara menjadi makmur timbul nama Lim Guan Eng dan konco-konconya mahu menubuhkan negara sekular, mempersoalkan keistimewaan dan ketuanan Melayu dan heroin opera bernama Teressa kok yang mahu menghapuskan tulisan jawi di Bkt Bintang. Saya rasa lebih wajar dihapuskan tulisan Cina sebab ini negara yang diasaskan oleh orang Melayu.


Di dalam akhbar ada menyatakan bahawa Lim Guan Eng begitu mengkagumi pemerintahan Saidina Umar Al Khatab. Sememangnya wajar kita kagumi Saidina Umar Al Khatab kerana dengan pemerintahan yang sebegitu maka tidak ada lagi penyalahgunaan badan kehakiman, polis, badan-badan pencegah rasuah, kronism dan lain-lain. Sebagai contoh, Saidina Umar semasa diminta berbincang oleh anaknya tentang masalah keluarga telah memadamkan lampu dan berbincang di dalam gelap kerana lampu itu dibiayai untuk kegunaan urusan negara, maka
salah baginya menggunakan pembiayaan negara untuk berbicang masalah keluarganya. Tetapi pemimpin negara kita melakukan sebaliknya. Menggunakan hak rakyat dan wang negara untuk kepentingan keluarganya.


Tentang isu negara Islam, DAP tidak perlu gusar seperti yang Dato Nik Aziz cakapkan "ambil contoh Kelantan". Bangsa Cina dan India amat rapat dengan orang Melayu di sana malahan berbahasa Kelantan dengan fasih. Islam tidak menghukum orang kafir sewenang-wenangnya. Islam tidak terima bukti yang meragukan apatah lagi bukti yang direka-reka. Islam tidak menghukum kesalahan yang tidak pasti atau was-was. Bayangkan kisah Imam Al Bukhari
yang telah berjalan beribu batu untuk merekodkan hadis dari seseorang. Imam Bukhari telah memerhatikan tingkah laku si polan ini selama beberapa hari dan akhirnya Imam Bukhari tidak mempercayai kesahihan si polan ini hanya kerana si polan ini melangkah masuk ke masjid dengan kaki kiri. Penghukuman dalam Islam amat terperinci dan kebajikan kedua-dua pihak akan dijaga dengan adil. Jangankan di masa aman, hendak membunuh musuh di waktu perang
pun mengikut Islam yang sebenar, ada undang-undangnya.

Oleh itu secara asasnya baik Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat yang mewakili berbagai kaum mestilah memastikan yang orang Melayu tahu hak mereka dan mesti mempertahankannya manakala bangsa Cina, India dan lain-lain tahu akan asal usul negara ini dan sedar diri dan tahu batasan untuk bersuara. Di sini juga saya dan seluruh orang Melayu memberi peringatan bahawa kami tidak mahu lagi bangsa lain mempersoalkan tentang Islam sebagai agama rasmi dan jangan sekali-kali membangkitkan tentang seruan azan yang mengganggu tidur dan kehidupan mereka. Kalau rasa terganggu dengan seruan azan anda bebas pindah ke mana negara yang anda suka.

Orang-orang Melayu pula terutamanya pemimpin negara janganlah untuk tujuan politik menggadaikan ketulenan dan hak bangsa dan negara dengan menggantikan Bahasa Melayu dengan Bahasa Malaysia, Bangsa Melayu jadi bangsa Malaysia, ujudnya dan istilah "kongsi kuasa". Kita mestilah tegas berpaksikan bahawa Malaysia Tanah Air kita ini adalah hak milik orang Melayu dan berhentilah menggadaikan tanah kita kepada bangsa lain.