PAS
KOTA KINABALU,–Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah ingin merujuk kepada kenyataan YB Tan Sri Bernard Dompok, Presiden UPKO, merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dalam ucapan dasar beliau yang dibuat pada Perhimpunan UPKO ke 12, di Dewan Kebudayaan Sabah kelmarin.
PAS Sabah beranggapan bahawa ucapan dasar tersebut telah menyinggung sensitiviti umat Islam walaupun Perdana Menteri sebelum ini telah memberi amaran agar tidak ada mana-mana pihak
Sebagai seorang Muslim, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, saya melihat ucapan dasar Tan Sri Bernard Dompok adalah rentetan daripada kejayaan UPKO yang sebelum ini mengugut untuk keluar daripada Barisan Nasional sekiranya kes melibatkan hak kewarganegaraan Puan Yong Lee Hua @Piang Lin tidak dselesaikan mengikut agenda politik UPKO. UPKO akhirnya berjaya dalam ugutannya dan telah memaksa Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Syed Hamid Albar, untuk terbang ke Kota Kinabalu dan dengan serta merta telah memulihkan kewarganegaraan Yong Lee Hua.
UPKO malah telah mendapat kejayaan berganda apabila tuntutannya untuk melihat orang
Menyentuh ucapan dasar Tan Sri Bernard Dompok pada Kongres UPKO kelmarin, saya melihat Tan Sri Bernard Dompok cuba untuk memaksa pemimpin UMNO untuk sekali lagi tunduk kepada desakan agar mana-mana individu Islam yang ingin keluar daripada agama Islam, hendaklah tidak dihalang oleh mana-mana pihak atau badan-badan penguatkuasa. Tan Sri Bernard Dompok juga menyarankan agar pasangan bukan Islam yang telah berkahwin, dan dalam tempoh perkahwinan mereka salah seorang darip[ada suami atau isteri telah memeluk agama Islam, dan jika akhirnya terpaksa berlaku perceraian maka penyelesaiannya hendaklah melalui proses Mahkamah Sivil, dan bukannya Mahkamah Syariah. PAS
PAS Sabah juga merasa amat kesal sekali apabila Tan Sri Bernard Dompok
Ertinya, Tan Sri Bernard Dompok akan memberi kata dua kepada Najib..jika mahu sokongan UPKO, beri kebebasan kepada individu Muslim yang mahu tukar agama dan mana-mana pasangan yang mahu bercerai, walaupun salah seorang, isteri atau suami, telah memeluk Islam, maka hendaklah diselesaikan melalui Mahkamah Sivil sebagaimana mulanya perkahwinan mereka didaftarakan di Mahkamah Sivil tersebut.. bukannya Mahkamah Syariah.
Pas
HJ. HAMZAH HJ. ABDULLAH
Timbalan Pesuruhjaya PAS
No comments:
Post a Comment