Friday, October 17, 2008

Apakah The King'Thir' @ Mahathirsme Akan Muncul Semula...

Era Mahathirsma akan kembali menguasai UMNO - itulah kata-kata yang hebat diperbualkan oleh rakyat di merata-rata tempat. Najib, Muhyiddin dan juga Mukhriz akan menguasai UMNO dan semua pemimpin yang tidak sealiran dengan Mukhriz dan Tun akan dicantas selepas mereka mengambil alih kuasa pada 3 March. Tun akan menjadi “Master Mind” kepada kepimpinan kerajaan walaupun ini dinafikan oleh Tan Seri Muhyiddin Yassin.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan cakap-cakap bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah perancang utama dalam meningkatkan popularitinya dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin masa depan negara. “Saya tidak fikir anda perlu dalam apa cara pun keliru kerana anda lihat kami bersama (dengan Mahathir).

Pada hakikatnya kami bertemu dalam sesetengah majlis tidak bermakna ada perkembangan besar berlaku,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan dan Pelaburan Bersama Malaysia-Indonesia pertama di Kuala Lumpur Rabu. Muhyiddin berkata demikian ketika ditanya sama ada Dr Mahathir ada peranan untuk menentukan pemimpin masa depan negara.”Beliau (Mahathir) masih lagi dihormati sebagai negarawan veteran Malaysia. Anda juga mempunyai penghormatan tinggi terhadap beliau. Saya tidak fikir kita boleh nafikan hakikat ini. Tetapi sejauh mana beliau telah mempengaruhi dalam aspek pentadbiran, saya fikir ini adalah sesuatu yang Datuk Najib sepatutnya mampu untuk uruskan,” kata beliau.

Apa juga alasan Muhyiddin, kita tidak dapat menutup mulut rakyat yang kini sibuk bercerita mengenai era Mahathirsma, Mereka Khuatir Najib akan menjadi ‘Boneka’ kepada Tun dan seandainya Najib enggan menjadi boneka kepada Tun, Najib akan mengalami nasib yang sama malahan dijangka lebih buruk daripada Pak Lah kerana Tun telah berjaya menanam kuncu-kuncunya di dalam kepimpinan UMNO sekarang.

Tun akan sekali lagi berkata, saya telah membuat satu kesilapan besar kerana percaya kepada Najib dan Muhyiddin. Sebaiknya Tun bersara dan jangan terlibat langsung dengan politik tanah air. Jika dia mahukan Mukhriz terlibat, biar Mukhriz sahaja yang terlibat dan jangan ada campurtangan dalam kepimpinan UMNO.

Muhyiddin, walaupun menafikan akan pembabitan Tun yang terlalu mendalam dalam UMNO sekarang, tidak boleh membohongi rakyat, kerana rakyat tahu bahawa Tun adalah “Master Mind” kepada pergolakan yang berlaku dalam UMNO sekarang. UMNO akan terus bergolak dan berpuak-puak jika era Mahatirisma kemabli. Kerana di zaman Tun dahulu UMNO telah berpecah beberapa kali. Tun tidak selembut Pak Lah, tak suka, keluar dan tubuhkan parti lain. Pasti akan ada perpecahan dalam UMNO jika pemimpin boneka Tun berkuasa.

Apakah cakap-cakap politik kedai kopi ini membayangkan rakyat mulai risau akan terbentuk kembali era Mahathirisma.

4 comments:

bboyhasif89 said...

sy yakin ape yg mahathir cube lakukan adalah demi parti dan bangsa melayu..
ape yg kita perlu lakukan sekarang adalah perubahan secara besar2an dan pastikan setiap kelemahan diperbaiki. ape yg berlaku kini ialah rakyat menolak seseorang dan pd masa yg sama bekas pemimpin juga turut bersuara perkara yang sama.

Unknown said...

Adakah anda cucu penglima salleh, muar, johor?

Salam perkenalan.

CuCu MaTSaLLeH said...

Salam..ukhuwafillah...
Dalam diri ana ni, mengalir darah pejuang Allahyaraham Dato' Paduka Mat Salleh di Sabah...

www.cucumatsalleh.blogspot.com

UMNO PARTI PENJARA said...

Failure :-(
>> http://teampemudaumno.blogspot.com